Thursday, October 7, 2010

adab org yg terima undangan..

"Dari Abi Hurairah Radiaallahu Anha, Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka sambunglah hubungan silaturrahim". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Manakala adab bagi orang yang menerima undangan pula ada lima iaitu:

Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan tersebut datangnya daripada orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.

Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan hanya disebabkan alasan jauh.

Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya. Jika ia hanya berpuasa sunat, ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah. Tetapi jika ia berpuasa wajib seperti puasa qada, maka tidaklah boleh ia berbuka.

Keempat: Menolak undangan jika diketahuinya makanan yang dihidangkan dari barang yang syubahat dan haram, ataupun dimajlis itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran seperti hiburan yang diharamkan oleh syarak, ataupun orang yang mengundang itu bersifat zalim atau fasik atau suka bermegah dan membesar diri.

Kelima: Janganlah hendaknya menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak parut, bahkan hendaklah ia memperbanyakkan niatnya dengan tujuan baik seperti mengikut sunah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam, memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment